Thursday 15 September 2011

SASTERA MELAYU MODEN 922/2 - tema dan persoalan cerpen

KUNTUM PERDAMAIAN
1.  Jelaskan tema yang diketengahkan dalam cerpen Kuntum Perdamaian.

 Rangka Jawapan:
 F - Pengorbanan demi kebahagiaan orang lain
 H/C - Atiqah - derma buah pinggangnya - pesakit yang memerlukan.
       - Dalam cerpen, Atiqah parah - kena serpihan peluru berpandu - buah pinggang masih elok - ibu    Atiqah setuju derma kepada pesakit yang perlu - Mahmoud Noor

Contoh Jawapan:
           Tema cerpen Kuntum Perdamaian karya Azmah Nordin ialah pengorbanan demi kebahagiaan orang lain. Atiqah menderma organ buah pinggangnya kepada seorang pesakit yang begitu memerlukan. Contohnya, dalam cerpen ini, Atiqah merupakan mangsa kezaliman perang Teluk. Atiqah berada dalam keadaan parah dan nyawa-nyawa ikan akibat terkena serpihan peluru berpandu yang disasarkan ke penempatan awam. Oleh kerana organ buah pinggang masih berfungsi/ elok, ibu Atiqah bersetuju buah pinggang anaknya didermakan kepada seorang pesakit yang amat memerlukan iaitu Mahmoud Noor.

2.  Kemukakan persoalan- persoalan yang terdapat dalam cerpen tersebut.

Rangka Jawapan:
F 1 - Kasih sayang dan simpati
H/C - kasih sayang dan simpati - tidak mengenal usia, darjat, bangsa, agama
        - Dalam cerpen, Khadijah sayang, simpati thdp Atiqah yg malang- ibunya nazak

F 2 - Kesan perang dan kezaliman
H/C - Perang - bawa kesan buruk, kemusnahan, permusuhan dan sbginya
        - Dalam cerpen, Atiqah - salah seorg mangsa kezaliman perang - luka parah - kena serpihan peluru berpandu - meledak di tempat awam

F 3 - Tanggung jawab terhdp pesakit
H/C - Sebagai doktor, juru rawat - mesti tanggung jawab terhdp pesakit
        - Dalam cerpen, Khadijah, Dr Abdullah, petugas2 hospital - tungkus lumus selamatkan pesakit - Atiqah, ibunya, Mahmoud Noor

Contoh Jawapan:
        Terdapat tiga persoalan yang dikemukakan dalam cerpen Kuntum Perdamaian. Persoalan yang pertama ialah kasih sayang dan simpati. Kasih sayang yang diperlihatkan tidak mengenal usia, darjat, bangsa mahupun agama. Contohnya, melalui cerpen tersebut, Khadijah diperlihatkan sebagai seorang yang penyayang dan punyai rasa simpati terhadap Atiqah yang bernasih malang terutamanya apabila melihat Atiqah yang terpaksa berhadapan dengan penyakit ibunya yang nazak.

       Persoalan kedua yang dikemukakan dalam cerpen Kuntum Perdamaian ialah mengenai kesan perang dan kezaliman. Peperangan yang berlaku sememangnya mendatangkan kesan keburukan, kemusnahan, permusuhan dan sebagainya. Contohnya, melalui cerpen ini, Atiqah merupakan salah seorang mangsa kezaliman perang di negaranya. Dia mengalami kecederaan yang parah akibat terkena serpihan peluru berpandu yang meledak di pertempatan awam.

       Persoalan yang ketiga ialah mengenai tanggung jawab terhadap pesakit. Sebagai doktor, juru rawat mahupun petugas-petugas hospital, tanggung jawab serta amanah terhadap pesakit  mestilah dilaksanakan dengan baik. Contohnya dalam cerpen ini Khadijah, Dr Abdullah dan lain- lain petugas hospital berusaha bertungkus lumus untuk menyelamatkan pesakit-pesakit di hospital termasuk Atiqah, ibunya serta Mahmoud Noor.  

No comments:

Post a Comment