Friday 16 September 2011

CERPEN - RANGKA JAWAPAN TEMA DAN PERSOALAN - sambungan

CERPEN
TEMA
PERSOALAN
CIKGU RUKIAH

Rangka Jawapan:
F - Kepentingan ilmu
H/C
-    Ilmu penting – untuk kejayaan dan kesenangan hidup, masa depan
-    Dalam cerpen, Rukiah berusaha tuntut ilmu – ambil peperiksaan mahu masuk Maktab Perguruan Bahasa

Rangka Jawapan:
F 1 - Kesusahan hidup
H/C – Kesukaran/ kepayahan hidup kadang-kadang bantutkan keinginan seseorang
- Dalam cerpen, kesusahan hidup keluarga Rukiah – sukarkan beli buku 
  rujukan mahu teruskan pengajian, ambil ujian

F 2 - Hasrat perbaiki taraf  hidup
H/C – Taraf hidup yang rendah boleh diperbaiki dengan adanya usaha perbaikinya
-   Dalam cerpen, tujuan Rukiah mahu lanjut pelajaran – untuk perbaiki taraf 
  hidup diri dan keluarga

F 3 - Kekurangan buku
H/C – kekurangan buku tak halang usaha untuk berjaya
- Dalam cerpen, Rukiah terpaksa beli buku rujukan dari Indonesia untuk tujuan pembelajaran – Negara kita kekurangan buku

TANAH BUKIT
Rangka Jawapan:
F - Penyelewengan terhadap orang bawahan
H/C
-    Orang bawahan sering menjadi mangsa penyelewengan pihak tidak berhati perut
-    Dalam cerpen, Tuai Kancu  pergunakan orang bawahan seperti Balung dan Galum untuk ditipu

Rangka Jawapan:
F 1 - Kesan pembangunan
H/C – pembangunan baik untuk tingkatkan ekonomi masyarakat – tapi ada juga yang menyusahkan
-   Dalam cerpen, pembangunan yang dijalankan sebabkan perataan bukit
- tanah  bukit milik Balung dan Galum jadi mangsa pembangunan

F 2 – Rasuah
H/C – perbuatan rasuah di kalangan masyarakat untuk cepat kaya
- Dalam cerpen, Tuai Kancu terima rasuah dari seorang tauke melalui pemandu jentera – rasuah berkaitan projek pembangunan yang sedang dijalankan

F 3 - Pencabulan ke atas hak
H/C – hak seseorang tidak boleh diambil/ dicerobohi tanpa restu orang tersebut
- Dalam cerpen, projek yang dijalankan terhadap tanah bukit milik Balung dan Galum dianggap cerobohi hak kerana mereka tidak dapat ganjaran sepatutnya

BUANG BANGSA, BUANG HARTA KERANAMU TUAN
Rangka Jawapan:
F – Cinta suci yang terhalang
H/C
-    Dunia percintaan banyak cabaran dan halangan
-    Dalam cerpen ini, cinta suci Tenara dan Syarifah Bardiah terhalang kerana tentangan dari keluarga
Rangka Jawapan:
F 1 – Kebebasan wanita
H/C – kaum wanita juga inginkan kebebasan dalam hidup
-   Dalam cerpen, Syarifah Bardiah perjuangkan hak kebebasan wanita terutama soal pilih jodoh dan bebas bersuara

F 2 – Perbezaan sikap manusia
H/C – jurang generasi menyebabkan sikap manusia berbeza-beza
- Dalam cerpen, golongan tua dan muda berbeza pendapat dan pendirian – soal adat, darjat dan jodoh

F 3 – Kesetiaan dalam cinta
H/C – setia dalam percintaan mendorong seseorang lebih bersemangat dalam   
          teruskan hidup
- Dalam cerpen, Tenara dan Syarifah Bardiah buktikan kesetiaan cinta mereka
- setelah terpisah, mereka tidak berkahwin – sanggup menunggu hingga bertemu semula

No comments:

Post a Comment