Sunday 18 September 2011

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2 - Bahagian C: Drama - Lawyer Dahlan

Contoh-contoh soalan Drama Lawyer Dahlan

1)  Huraikan tema dan persoalan-persoalan/isi-isi yang diketengahkan oleh pengarang dalam drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan :
     Tema yang diketengahkan oleh pengarang dalam Lawyer Dahlan ialah kepincangan hidup masyarakat kota.
     Persoalan/isi-isi yang diketengahkan dalam oleh pengarang drama Lawyer Dahlan ialah:
a)        Kesan negatif budaya barat
b)       Kasih sayang seorang ibu
c)        Balasan atas perbuatan jahat
d)       Kepentingan ilmu
e)        Perubahan sikap manusia
f)        Derhaka kepada orang tua

2)  Huraikan tiga ciri drama Lawyer Dahlan yang memperlihatkan ianya bersifat realisme
Rangka jawapan :
     Tiga ciri drama Lawyer Dahlan yang memperlihatkan ianya bersifat realisme ialah:
a)        Dari segi watak
b)       Dari segi latar
c)        Dari segi cerita dan isi

3)  Bincangkan mesej yang terdapat dalam drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan:
a) Mesti mengutamakan budaya sendiri
b) Jangan derhaka kepada orang tua
c) Jangan bermegah dengan kekayaan
d) Jangan bertindak melulu

4)  Huraikan plot perumitan bagi drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan:
-          kepulangan Dahlan dan Rahimah dari luar negara.
-          Rahimah enggan mengakui emaknya
-          Dahlan terpengaruh corak hidup barat, berfoya-foya

5)  Huraikan plot kemuncak drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan:
-          Dahlan menceraikan Rahimah
-          Hutang Dahlan bertimbun
-          Dahlan dituduh pecah amanah dan dipenjara
-          Keluar penjara, ingin bunuh diri

6)  Bincangkan gaya bahasa drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan:
a)        penggunaan peribahasa
contoh:
“Macam katak di bawah tempurung…….”
           “…….ulat tak kenalkan daun, kacang lupakan kulit.”

b)       Simile
Contoh:
 “ kau halau aku seperti binatang”

c)        Pengulangan
Contoh:
MAK RAHIMAH: Assalamualaikum…….
                                Assalamualaikum
DAHLAN: Rahimah……Rahimah.

d)       Perlambangan
Contoh:
Kau aku pungut dari bawah pokok getah, aku letakkan dalam sebuah mahligai yang begini besar……
‘Bawah pokok getah’ – perlambangan kemiskinan
‘Mahligai’ – perlambangan kemewahan

e)        Dialek
Contoh:
AH SAN: Atak latang sekali-sekali, ambik balang.

f)        Paradoks
Contoh:
Tapi,tapi aku mati oleh tanganku sendiri

g)        diksi asing
contoh:
Penggunaan bahasa Arab seperti assalamualaikun, waalaikummusalam.
Penggunaan bahasa Inggeris seperti scholarship, swimming costume, programme picnic dan sebagainya.

7. Huraikan teknik-teknik penceritaan dalam drama Lawyer Dahlan.
Rangka jawapan:
a)        Imbas muka
-          mak Rahimah membayangkan Rahimah akan mendapat balasan kerana tindakan Rahimah mengusirnya dari rumah
-          Pak Hamid membayangkan Dahlan akan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia kerika di England nanti dan akan bercanggah dengan nilai ketimuran

b)       Imbas kembali
-          Dahlan menceritakan semula keadaan di England kepada Hamdan. Pemandangan di England sungguh indah dan ada daya penarik
-          Ingatan kembali terhadap sikap Dahlan yang menghina, mengeji dan mengusir orang miskin

c)        Monolog
-          memaparkan suara ghaib yang mempersoal tindakan Dahlan seperti yang dituturkan oleh kaum tani, peminta sedekah dan juga Lebai Alang

8. Bincangkan perwatakan bagi watak-watak dalam drama Lawyer Dahlan yang berikut:
a) Pak Hamid
b) Dahlan
c) Rahimah

Rangka jawapan:
a) Pak Hamid:
                i.    Penyayang
                ii.   Jujur
                iii.  Kuat pegangan agama
                iv.  Pemurah
                v.   Tidak mementingkan diri
                vi.  Pentingkan ilmu
b) Dahlan:
                i.    Gigih
                ii.   Lupa daratan
                iii.  Bermegah dengan kedudukan
                iv.  Tidak kuat pegangan agama
                v.   Kedekut
c) Rahimah:
                i.    Derhaka kepada orang tua
                ii.   Sombong
                iii.  Penyayang
                iv.  Terpengaruh dengan gaya hidup moden



No comments:

Post a Comment