Monday 19 September 2011

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2 - Bahagian A: Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden dan Kritikan Sastera




SOALAN DAN SKEMA KRITIKAN

Genre kritikan sastera dianggap sebagai baru kelahirannya berbanding dengan genre-genre lain seperti novel, cerpen, puisi mahupun drama. Berdasarkan kenyatan tersebut,

a) Berikan tanggapan awal kritikan sastera [3]
b) Jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat
                         i. Hashim Awang [3]
                         ii. Mana Sikana [3]
                        iii. Ali Ahmad [3]
                        iv. Lutfi Abas [3]
c) Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan Melayu [10]

Rangka Jawapan:
a) Tanggapan awal kritikan sastera
F 1:  Perkataan kritik itu sendiri membawa konotasi kecelakaan terhadap karya kreatif.
H/ C: Tugas pengkritik peringkat awal lebih kepada mencari kelemahan dan kesalahan yang terdapat dalam
          sesebuah karya kreatif. Ini jelas dapat dilihat pada bentuk awal kritikan

F 2: Kata-kata teguran keras, kecaman, bidasan dan celaan.
H/ C: Kritikan pada peringkat awal kemunculannya lebih berbentuk teguran keras terhadap sesebuah karya
          sastera/kreatif mengikut pendapat masing-masing. Teguran keras ini dapat dilihat menerusi tulisan Anak
          Negeri yang bertajuk ”Kita dengan Munsyi Abdullah” yang mengecam sikap Abdullah sebagai
          pengampu orang asing.


b) Jelaskan definisi sebenar kritikan sastera mengikut pendapat
        i. Hashim Awang [3]
       ii. Mana Sikana [3]
      iii. Ali Ahmad [3]
      iv. Lutfi Abas [3]

i. Hashim Awang
    F 1 - Satu wacana budaya yang mengolah pandangan, mempertimbangkan dan menganalisis karya sastera.
ii. Mana Sikana
    F 1 - Kritikan berkait dengan kerja kritikus yang bertindak sebagai hakim dalam kesusasteraan.
iii. Ali Ahmad
    F 1 - Kritikan adalah satu kerja menilai, memuji, menunjukkan kesalahan, membandingkan dan menikmati  
           sesebuah karya.
iv. Lutfi Abas
    F 1 - Kajian kelemahan teori keindahan karya sastera.kritikan menghakimi sesebuah karya sastera.

c) Huraikan mengapa ciri ”pujian dan sanjungan” mempunyai hubungan dengan kebudayaan Melayu
F 1: Orang Melayu sensitif
H/C: Orang Melayu memiliki perasaan halus mudah terasa dan mudah tersinggung dan serba sederhana dalam kehidupan.

Fakta 2: Orang Melayu bertolak ansur / bertimbangrasa
H/C: Corak kehidupan orang Melayu lebih banyak bertolak ansur khususnya dalam kehidupan bermasyarakat.

Fakta 3: Orang Melayu merendah diri
H/C: Dalam kehidupan orang Melayu bersifat pemalu tidak suka menunjuk-nunjuk dan lebih mengutamakan orang lain.

Fakta 4: Kebudayaan orang Melayu yang lemah lembut / sopan santun.
H/C: Kehidupan orang Melayu dilingkungi oleh adab sopan yang diwarisi secara turun temurun dan menjadi pegangan hidup.

Fakta 5: Orang Melayu suka contoh dan teladan
H/C: contoh dan teladan yang baik seperti menegur / membanding, menyanjung untuk tujuan mendidik.

Fakta 6: Orang Melayu menghormati golongan berilmu
H/C: Orang berilmu juga menerima sanjungan kerana memiliki daya intelektualan yang sangat tinggi dan maju. Pemikiran yang dikemukakan oleh pengarang- pengarang seperti Abdullah Munsyi contoh dalam karyanya seperti Hikayat Abdullah yang dianggap kritis dan tajam pemikirannya.

Fakta 7: Orang Melayu suka berkias / sindiran/ perumpamaan tidak berterus terang.
H/C: Sistem komunikasi / perhubungan orang Melayu apabila berhubung dengan orang lain lebih banyak menggunakan kiasan/ kias ibarat/ kata-kata berlapik dan tidak berterus terang.

NOTA KRITIKAN
Ciri-ciri Kritikan Sastera
Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, seseorang kritikawan atau pengkritik tidak terlepas daripada terikat dengan ciri-ciri tertentu yang perlu dilaksanakan, ianya bersesuaian atau selaras dengan kritikan sastera itu sebagai satu disiplin ilmu yang bersifat bersistematik, ciri-cirinya ialah:
i. Sanjungan
ii. Teguran
iii. Saranan
iv. Pendekatan
v. Penganalisaan
vi. Penilaian

i. Sanjungan
Hasil daripada pembacaan terhadap sesebuah karya kreatif, maka akan timbul reaksi atau tindakbalas pembaca terhadap karya itu sendiri. Ianya mungkin bersifat yang positif atau mungkin negatif, perasaan tidak puashati atau merasakan karya yang dibacanya mempunyai kelebihan atau menampakkan kelainan. Hasilnya pengkritik atau pembaca akan melahirkan sanjungan terhadap karya tersebut, sama ada dari aspek isi, teknik persembahan mahupun pengarang yang menulis karya tersebut.
ii. Teguran
Kebiasannya seseorang pengkritik juga akan menegur hasil daripada penelitian yang dibuat berdasarkan sesebuah karya yang dibacanya. Teguran yang diberikan mestilah bersifat membina bukannya bertujuan menghancur atau memperlekeh sesebuah karya sastera.

iii. Saranan
Ianya melibatkan aspek-aspek pembinaan yang lebih ke arah menghasilkan sesebuah karya yang lebih bermutu dan mantap. Yang melibatkan cadangan atau pandangan serta idea-idea berbentuk perubahan. Pengkritik yang jujur, baik biasanya mahu melihat perkembangan kesusasteraan yang lebih mantap selaras dengan matlamat itu biasanya pengkritik akan memberi saranan yang bertanggungjawab, bernas, jitu serta matang dalam memartabatkan dunia sastera.

iv. Pendekatan
Persediaan atau kaedah yang diguna pakai ia juga membawa maksud cara bagaimana mendekati atau menganalisa karya sastera. Kebiasaanya ia melibatkan ilmu-ilmu tertentu sesuai dengan kritikan sebagai satu disiplin ilmu, di antara pendekatan yang diguna pakai dalam ukutara sesebuah kritikan ialah Formalistik, sosiologi, moral Psikologi dan Linguistik.

v. Penganalisaan
Cerakinan yang dibuat terutamanya dalam aspek persolan yang diutarakan oleh sesebuah karya sastera. Pengkritik biasanya akan menggabungjalinkannya dengan aspek sosiobudaya. Di samping itu juga pengkritik mungkin akan membuat pemerincian tentang watak yang terlibat berhubung dengan pelbagai perkara seperti aspek psikologi, nasionalisme dan sebagainya.

vi. Penilaian
Justifikasi atau penghakiman yang dibuat terhadap sesbuah karya sastera setelah dilakukan pengamatan, pentafsiran, penganalisaan, pertimbangan yang wajar serta rasional berpandukan hujah, bukti serta pendapat. Kesinambungannya pula ialah membolehkan seseorang pengkritik meletakkan ukuran dalam
penentuan nilai bagi sesebuah karya sastera sama ada hebat, bermutu,besar sederhana mahupun kecil.


Fungsi Kritikan Sastera
Sebagai satu cabang disiplin ilmu yang bersistematik serta bersifat saintifik, kritikan juga mempunyai tujuan serta fungsi yang tertentu:

i. Proses Berkarya
a. Menentukan status sesebuah karya kreatif sama ada berkualiti atau tidak
b. Memudahkan pengarang melihat ciri-ciri karya kreatif yang bermutu, bagi membantu pengarang menghasilkan karya yang lebih baik
c. Membantu pengarang menepati kehendak pembaca / kelompok pembaca karya kreatif (Memberi keterangan kepada pengarang bagaimana menyesuaikan diri sendiri dengan pembaca)
d. Menepati kiteria-kiteria karya kreatif
e. Menolong pengarang mendidik orang ramai

ii. Penghayatan Karya
a. Memudahkan pembaca menikmati / menghayati sesebuah karya kreatif (kupasan / analisa)
b. Membantu pembaca memilih karya yang berkualiti (menolong membezakan karya yang baik dan yang tidak baik)
c. Membudayakan budaya membaca. (Memberi perangsang dan mendidik orang ramai supaya lebih giat membaca)
d. Memperkenalkan buku-buku baru kepada orang yang tidak sempat membacanya

iii. Dunia Kritikan
a. Memperkembang serta menyebarluaskan ilmu pengetahuan
b. Mempromosi / mempopularkan ilmu kritikan sebagai satu disiplin ilmu yang boleh membantu percambahan pengetahuan
c. Menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar kesusasteraan (Menolong menghapuskan sebarang prasangka yang buruk terhadap sastera)
d. Membantu menjadi jalan tengah di antara pembaca dengan penulis (Membaiki salah faham di antara pengarang dengan pembaca)


Sejarah Ringkas Kritikan Sejarah

Sebelum Perang Dunia 1935 – 1941
Kritikan sastera dalam tahap ini lahir untuk membentuk tradisinya bersama-sama dengan perkembangan penulisan cerpen yang pesat berlaku dalam akhbar dan majalah. Ktirikan yang muncul berlaku secara kecil-kecilan, tidak memiliki nilai yang tinggi serta penilaiannya agak dangkal. Penilaian yang dibuat lebih tertumpu kepada aspek persoalan atau tema karya-karya seperti Sejarah melayu, Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

Wong Seng Tong dalam kajian ilmiahnya (Ijazah Sarjana Sastera Universiti Malaya) mengatakan bahawa kritikan sastera Melayu bermula dengan tulisan Keris Melayu atau nama sebenarnya Muhammad Yassin Makmur pada tahun 1935. Walau bagaimanapun beliau tidak mengiktirafnya sebagai kritikan yang sebenar.
Definisi “Kritikan Sastera” Wong Seng Tong ialah: “berbagai-bagai makalah ringan yang menggambarkan bermacam-macam fikiran dan perasaan terhadap seni sastera daripada para pembaca peminat sastera”.

Kritikan yang lahir kemudiannya , bersifat emosional dan subjektif. kritikan tanpa penggunaan satu-satu dasar atau pendekatan khusus yang bersifat saintifik dan objektif.

Antara tahun 1940 hingga 1941 kritikan yang lahir kebanyakkannya membuat penilaian dalam dua hal yang utama iaitu
i. penilaian menyeluruh dan mendatar terhadap cerpen
ii. penyaranan beberapa sifat cerpen yang baik dan perlu dihasilkan

Penulis-penulis yang terlibat dalam kritikan pada ketika ini terhad bilangannya, mereka bukanlah tokoh pengkritik dalam erti kata yang sebenar. Kebanyakkan yang terlibat terdiri dari kalangan mereka yang bekerja sebagai guru dan juga wartawan.

Di antara tokoh-tokoh pengkritik yang lahir pada era ini ialah Muhammad Yusof Ahmad, Perawan Muar, Ahmad Alkaf, Mahanum Hj. Ahmad dan beberapa orang tokoh yang lain.

Kebanyakkan hasil penulisan mereka ini disiarkan dalam penerbitan sama ada surat khabar ataupun majalah, di antaranya ialah Majalah Guru dan Suratkhabar Majlis.


Ciri-Ciri Kritikan Era 1935-1941
i. Kebanyakan kritikan yang ditulis lebih menekankan aspek pemujaan / memuji tokoh atau penulis s
seperti hasil penulisan Keris Melayu 1935 “Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi”

ii. Kebanyakkan kritikan yang dibuat tidak memperkatakan tentang isi sesebuah karya

iii. Dalam melaksanakan kerja-kerja kritikan, kebanyakkan pengkritik tidak menggunakan dasar atau pendekatan yang khusus.

iv. Penilaian yang dibuat kebanyakannya bersifat dangkal










Era Aminuddin Baki 1949 / ASAS 50
Aminuddin Baki dianggap pelopor atau perintis kritikan era baru yang menjurus ke arah huraian dan penilaian terhadap 2 aspek penting karya sastera iaitu isi dan teknik (bentuk). Walaupun tidak mendalam sudah ada daya kritis dan analisis.

Kritikan yang dibuat oleh beliau turut menimbulkan beberapa pesoalan tentang isi atau tema, tetapi juga permasalahan bagaimana isi itu wajar disampaikan dalam bentuk yang lebih berkesan. Kritikan yang dibuat oleh beliau telah memperlihatkan suatu dasar atau pendekatan yang tertetu iaitu pendekatan bercorak formalistik.

Aminuddin Baki mengkritik novel “Korban Kesucian” karya Keris Mas . Kritikan beliau telah disiarkan dalam akhbar Utusan Zaman keluaran 12 Jun 1949 yang bertajuk “Pandangan Seorang Penuntut Tinggi Kita Tentang Sebuah Buku Melayu”. Beliau menyatakan bahawa temanya adalah soal masyarakat, plotnya seperti sungai mengalir dan dia mempertikai bahasa Keris Mas yang teradun dengan bahasa Inggeris sambil menjelaskan cara-cara sebaiknya memperkenalkan perwatakan.

Perkembangan kritikan lebih ketara apabila tertubuhnya ASAS 50. Wujudnya polemik di antara penulis yang membawa idea serta aliran yang berbeza pada konsep atau fungsi seni itu sendiri telah menyebabkan kritikan semakin berkembang. Tokoh seperti Asraf dengan idea “Seni Untuk Masyarakat” manakala Hamzah pula dengan idea “Seni UNtuk Seni”.

Bagi Asraf karya sastera harus bertunjangkan seni untuk masyarakat, iaitu yang boleh membantu dan membina rakyat. Seperti beliau menyanjung penulis Dewa Asmara melalui cerita “Peristiwa Dinihari” yang memperkatakan tentang kehidupan nelayan.

Bagi Hamzah pula, baginya karya sastera harus memberi kepuasan pada pencipta dan juga pada pembaca.

Mereka berdua adalah merupakan di antara tokoh pengkritik yang ikatakan paling aktif, namun begitu dalam masa yang sama juga terdapat tokoh-tokoh lain seperti Usman Awang, Keris Mas, Abu Zaki Fadhil, A.Samad Said dan Masuri S.N

Kebanyakkan kritikan yang dibuat disampaikan dalam bentuk esei, di samping itu juga terdapat kritikan yang disiarkan di radio dalam bentuk ceramah mahupun diskusi sastera. Kebanyakkannya berkisar kepada permasalahan keunggulan karya sastera. Pengkritik-pengkritik yang lahir pada era ASAS 50 memperlihatkan satu bentuk kritikan yang cenderung kepada suatu ideologi atau pegangan tertentu.

Pada tahun 1952 tertubuhnya Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya , Singapura telah melahirkan lebih ramai pengkritik yang mempunyai kelulusan serta memiliki ilmu kritikan yang jitu. Di antara tokoh-tokoh pengkritik tersebut ialah Baha Zain, Ismail Hussein, Kassim Ahmad, Ali Hj. Ahmad dan sebagainya

Ciri-ciri Kritikan:
i. Mulai memperlihatkan kemajuan serta pengkritik mulai menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu
ii. Aspek penilaian telah menjadi salah satu ciri penting dalam kritikan
iii. Wujudnya polemik yang berpanjangan di antara tokoh-tokoh pengkritik yang masing-masing cuba mempertahankan ideologi tersendiri
iv. Kritikan yang dihasilkan lebih mendapat tempat dan mula tersebarluas menerusi pelbagai media antaranya akhbar, majalah , radio serta majlis-majlis diskusi dan ceramah.
Aspek-aspek yang dijadikan soalan bagi soalan tokoh
Latarbelakang
Sumbangan
Kepentingan / keistemewaan / Peranan

Contoh Soalan Kombinasi antara tokoh dan persoalan
Ishak Hj. Muhammad – Persoalan Nasionalisme
Abdul Rahim Kajai – Persoalan sosial

ANALISA SOALAN-SOALAN STPM

Analisa Soalan-soalan Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden
STPM 1998 – 2005
Bahagian A (Soalan 1)
Tahun
Soalan
Catatan / Aspek
1998

1. “Sajak merupakan salah satu jenis Kesusasteraan Melayu Moden yang mendapat tempat di Malaysia sebelum perang dunia kedua lagi.” Dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai, huraikan ciri-ciri sajak sebelum perang berdasarkan aspek-aspek berikut;
a. Tema
b. Bentuk
c. Gaya Bahasa

5. “ Sarjana sastera banyak memperkatakan tentang pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah Munsyi dalam kesusasteraan Melayu Moden”. Bincangkan dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai lima aspek pembaharuan yang diperkenalkan oleh Abdullah Munsyi melalui karya-karyanya.
Genre Sajak


Tokoh (lama)
Abdullah Munsyi
1999
5. “Perkembangan novel-novel Melayu moden mengalami zaman kegemilangannya dalam tahun-tahun 60-an . Banyak karya dan tokoh yang lahir pada zaman tersebut adalah hasil daripada sumbangan beberapa institusi yang wujud pada waktu itu.” Jelaskan sumbangan institusi di bawah dalam hubungannya dengan pernyataan di atas.

a. Dewan Bahasa dan Pustaka [16]
b. Jabatan Pengajian Melayu [9]

6.”Keris Mas ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.” Huraikan

a. latar kehidupannya, [5]
b. keistemewaan ketokohan dan karya-karya, dan
[12]
c. sumbangan beliau dalam memperjuangkan gagasan ‘sastera untuk masyarakat’ [8]
Genre Novel dan
Institutsi
DBP
JPM


Tokoh
-Keris Mas
2000
5. Sumbangan guru Melayu MPSI dalam perkembangan novel Melayu moden sebelum merdeka. Nyatakan juga tema-tema utama yang dibincangkan dalam karya-karya mereka.


6. “Kemunculan Muhammad Hj. Salleh dalam tahun 70-an telah memberi warna bagi puisi Melayu moden.”Bincangkan keistemewaan dan sumbangan Muhammad Hj. salleh dalam gagasan intelektualisme kepada perkembangan puisi Melayu moden.
Institutsi
-MPSI



Tokoh
-Muhammad Hj.Salleh


2001
5. Syed Sheikh Al-Hadi ialah sasterawan dan ulama yang progresif, beliau telah menghasilkan novel-novel yang membawa pemikiran pembaharuan Islam. Merujuk kepada tokoh ini jelaskan perkara yang beikut.

a. Tiga aspek latar belakang dan pendidikan beliau
b. Empat sumbangan beliau kepada perkembangan kesusasteraan Melayu moden dan pemikiran Islam.

6. Selepas merdeka , tema yang berkaitan dengan masalah hubungan kaum menjadi perhatian beberapa pengarang. Merujuk kepada contoh-contoh karya yang sesuai, bincangkan lima persoalan yang berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia. [25]
Tokoh
-Syed Sheikh Al-Hadi


Persoalan & Realiti Masyarakat
-Perpaduan



2002
1. Ahmad Rasyid Talu merupakan antara tokoh yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu moden. Bincangkan sumbangan beliau dalam perkembangan penulisan novel Melayu. [25]
Tokoh
-Ahmad Rasyid Talu


2003
1. “Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) banyak memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusasteraan tanah air.” Berdasarkan pernyataan ini.
a. jelaskan tiga tujuan penubuhan GAPENA, dan [9]
b. huraikan empat sumbangan lazim GAPENA [16]
Institutsi
-Gapena

2004
1. Jelaskan lima sebab tertubuhnya Pejabat Karang-mengarang Sultan Idris Training College(SITC) dan empat sumbangannya terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu moden. [25]
Institutsi
-PKM

2005
1. “Persoalan reformasi pendidikan dalam karya-karya awal kesusasteraan Melayu moden telah punbermula sejak 1920-an.”
Berdasarkan Pernyataan di atas,
a). nyatakan dua tokoh penulis tahun 1920-an yang membawa reformasi pendidikan agama. [4]
b). jelaskan dengan memberikan contoh, empat bentuk reformasi pendidikan pada tahun 1920-an dan 1930-an.
[12]

c). huraikan tiga faktor yang menimbulkan kesedaran reformasi dalam sistem pendidikan selepas tahun 1930-an [9]
Persoalan & Realiti
Masyarakat
-Reformasi Pendidikan

Golongan Penulis
-Penulis agama


Rumusan(Mengikut Tajuk)1998 - Sejarah Perkembangan (Genre Sajak)
1998 – Tokoh (Abdullah Munsyi)
1999 – Institutsi (DBP & JPM UM-perkembangan novel)
1999 – Tokoh (Keris Mas)
2000 – Institutsi (Sumbangan MPSI-Novel)
2000 – Tokoh (Muhammad Hj. Salleh)
2001 – Tokoh (Syed Sheikh Al-Hadi)
2001 – Isu dan Persoalan (Perpaduan)
2002 – Tokoh (Ahmad Rasyid Talu)
2003 – Institutsi (GAPENA)
2004 – Institutsi (Pejabat Karang-mengarang)
2005 - Reformasi Pendidikan (tokoh penulis agama/bentuk /faktor kesedaran)

Puncak Cerita ( KLIMAKS )

Konsep: Klimak ialah detik ketegangan akhir pada konflik yang timbul dalam cereka atau drama. Dalam struktur dramatik, klimaks terletak pada titik perubahan aksi, tempat di mana aksi menaik bertukar menjadi aksi menurun.
- Klimaks dimunculkan pada akhir plot iaitu selepas ditampilkan unsur-unsur konflik dan ketegangan. Dengan kata lain hasil daripada konflk dan ketegangan maka muncullah klimaks(puncak) . Unsur ini bersifat abstrak. Berada dalam keadaan genting, mendebarkan, mencemaskan atau mengerikan.
LATIHAN:
Berdasarkan Drama Lawyer Dahlan, dengan memberikan contoh yang sesuai bincangkan unsur klimaks. ( 6 markah )

Unsur Pertentangan (konflik)

Istilah lain: pertikaian, perumitan
Konsep: Pertentangan atau perjuangan yang timbul daripada keadaan saling bertindak antara dua kuasa yang berlawanan dalam plot sesebuah cerita.
Konflik merupakan peringkat yang menimbulkan unsur-unsur ketegangan yang menarik perhatian dalam sebarang bentuk cereka, sama ada drama, novel atau cerpen.
- Konflik dalam sesebuah drama amat penting, ia merupakan "nyawa" yang akan menentukan kekuatan sesebuah drama.

Konflik dalam drama akan muncul bila adanya pertentangan:
a) manusia dengan manusia
b) manusia dengan alam
c) manusia dengan dirinya
d)manusia dengan ideologi dan
e)manusia dengan masyarakat

Dalam sesebuah drama harus ada konflik besar atau penting, kemudian diiringi oleh konflik-konflik sampingan yang turut memperkembangkan konflik besarnya.

LATIHAN :
Senaraikan unsur pertentangan yang terdapat dalam drama Lawyer Dahlan
a) Pertentangan antara watak dengan watak.
b) Pertentangan antara watak dengan masyarakat dan lingkungannya
c) Pertentangan watak dengan dirinya sendiri/konflik jiwa(batin).

Latihan (Novel) : Emansipasi Wanita

Dalam Novel SBDKL terdapat persoalan emansipasi wanita, bincangkan dengan memberikan contoh yang sesuai. (6 markah)

Unsur Suspens (ketegangan)

Konsep: " Keadaan tertunggu-tunggu , ternanti-nanti, tertanya-tanya pembaca atu penonton trhadap keputusan atau akibat sesuatu peristiwa dalam novel, drama, cerpen.
Ketegangan ialah keadaan tegang dalam plot yang menimbulkan minat dan menjadikan pembaca tertanya-tanya.

Soalan :
Berdasarkan Drama Lawyer Dahalan bincangkan unsur suspen dan kesannya ( 8 markah)

Teknik Imbas Muka

Konsep: Pengarang memaparkan babak-babak atau aksi watak (aksi dramatik) yang menyediakan audien untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang akan dipaparkan seterusnya dalam perjalanan plot drama.

********
Contoh : " Sila cari contoh dalam teks"
********


Kesan Penggunaan :

1. Memberi klu kepada pembaca untuk meramal perjalanan plot. Menjadikan audien lebih seronok menonton.

2. Mengurangan kejutan. Kerana penonton telah diberi gambaran apakah yang bakal berlaku.

Teknik " IMBAS KEMBALI"

Konsep: Peristiwa yang brlaku pada watak pada masa lampau untuk untuk memberitahu audien/penonton tentang perjalanan plot sebelum plot semasa.

***********
Kemukakan contoh: ( cari contoh dalam Drama Lawyer Dahlan/Malam ini Penyu Menangis)

:::::::::::::::::::

Kesan Pengunaan :

1. Dapat menimbulkan plot rencam atau plot yang bersifat tidak kronologis.
2.Dapat mempelbagaikan peristiwa dalam plot, cerita menjadi lebih panjang atau berkesan memperluaskan cerita.
3.Dapat melengkapkan binaan jalan cerita.Dengan itu cerita menjadi lebih sempurna.
4.Menjawab pelbagai persolan terdahulu yang terdapat dalam cerita.

Penerapan Teknik Dalam Binaan Plot

1. Imbas kembali
2.Imbas muka/dpan
3.Ironi
4.Suspens
5.Kejutan
6.Ketegangan
7.Peleraian/penyelesaian

Teknik dalam binaan plot " ironi"

Konsep: Menyebut atau mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan yang sebenarnya. Secara literalnya ia bermaksud sindiran, cemuhan atau ejekan.

Dari segi pengucapan, ironi menggunakan kata-kata yang lembut dan tidak kasar, meskpun kesannya mungkin lebih tajam dan menghiris. Ironi juga mempunyai hubugan yang dekat dengan sindir halus.

Ironi dap tdikenali melalui ciri-cirinya yang mengungkapkan kata-kata yang memuji untuk tujuan mengutuk, sebaliknya menggunakan kata-kata mengutuk untuk tujuan memuji.

CIRI-CIRI GAYA BAHASA DRAMA REALISME

1. Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari --Sesuai untuk menghidupkan suasana realistik.

2. Pemilihan perkataan dibuat dengan berhati-hati agar dapat menimbulkan kesan realistik dengan memasukkan unsur sinkof. Aku -- ku, hendak--nak, tida--dak.

3. Meninggalkan tradisi drama puitis, semuanya dalam bentuk prosa dan sintaksisnya pendek-pendek. Berusaha benar-benar untuk meniru pecakapan sebenar.

Latihan Drama Lawyer Dahlan

Soalan 1 :

1. Watak Pak Hamid merupakan watak pembantu dalam Drama Lawyer Dahlan. Bincangkan
watak dan perwatakan Pak Hamid dalam drama ini. (8 markah)

2. Apakah yang dimaksudkan dengan watak pipih. Bincangkan watak ini dalam kontek Drama Lawyer Dahlan. ( 6 markah )

3. Lawyer Dahlan dikatakan watak bulat Drama Lawyer Dahlan. Bincangkan ( 6 markah)

Ciri-ciri Gaya Bahasa Drama Realisme

1.Stail dialog mirip dengan perbualan sehari-hari - sesuai untuk menghidupkan suasana realistik
2.Pemilihan perkataan lebih tepat, lancar disamping mudah difahami dan jelas
3. Penggunaan unsur gaya bahasa singkof- untuk menimbulkan kesan realistik. Contohnya
perkataan kamu/mu, hendak/nak, tidak/dak.
4. Pemilihan kata-kata dibuat dengan berhati-hati, misalnya bahasa Inggeris digunakan untuk
menggambarkan kehidupan moden.
5. Meninggalkan gaya bahasa tradisi drama puitis, biasanya menggunakan gaya bahasa prosa
dan seboleh-bolehnya meniru gaya orang bercakap.
6. Watak-watak bercakap/berdialog dalam bahasa kolakial/bahasa sehari-hari.

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1 - Bahagian C: Prosa Tradisional

Hikayat Bayan Budiman
            Pada suatu hari Khojah Maimun menyatakan kepada dua unggasnya bahawa
beliau ingin pergi berniaga ke negeri lain selama beberapa waktu.  Maka beliau berpesan
kepada unggasnya supaya menjaga isterinya yang jelita itu. Setelah beberapa lama
ditinggalkan suaminya, Bibi Zainab merasa kesepian. Suatu hari di hadapan rumahnya
lalu seorang anak raja negeri itu . Bibi Zainab merasa tertarik hatinya. Begitu juga
dengan anak raja tersebut . Maka Bibi Zainab pun berniat pergi menemuinya untuk
memenuhi hasratnya pada malam hari . Sebelum berangkat , Bibi zainab bertanya kepada
Tiung Rencana tentang niatnya itu. Tiung Rencana menasihati Bibi Zainab untuk
membatalkan niatnya kerana melanggar ajaran tuhan. Zainab  marah lalu membunuh Tiung Rencana.
           Melihatkan perbuatan Bibi Zainab, Bayan khuatir bahawa dia akan
dibunuh juga jika menyanggah cakap tuannya . Maka ketika Zainab meminta
pendapatnya tentang apa yang ingin dilakukannya , maka Bayan pun berceritalah tentang
sebuah hikayat .
           Zainab sangat tertarik mendengar cerita Bayan sehingga dia tidak sedar hari telah
menjelang pagi setelah cerita itu selesai dikisahkan . Keesokan harinya , ketika Zainab
berniat pergi menemui anak raja, Bayan menceritakan satu lagi hikayat dan Zainab
sukacita mendengarkan hingga pagi menjelang.. Begitu seterusnya sehingga Zainab lupa
memenuhi hasratnya untuk menemui anak raja.
           Kisah pertama yang diceritakan oleh Bayan Budiman adalah tentang burung yang dicabut
bulunya oleh isteri saudagar . Kisah ini mengisahkan tentang isteri yang berzina semasa peninggalan
suaminya yang belayar .Kisah pertama ini memberi nasihat awal kepada Bibi Zainab untuk menghalangnya
berzina . Setelah mendengar kisah tersebut , cubaan Zainab untuk bertemu anak raja itu terbatal kerana
hari sudah siang takut diketahui umum.
           Pada malam berikutnya Bibi Zainab sangat tertarik mendengar cerita Bayan Budiman sehingga
dia sendiri memaksa Si Bayan bercerita meskipun bayan memujuk Zainab supaya mengunjungi putera raja.
Ini menunjukkan bahawa pesan yang disampaikan cerita Si Bayan Budiman memberikan pengajaran
berharga kepada Zainab. Bayan menceritakan sebuah cerita setiap malam sehingga mencapai 24 malam .
           Setelah kisah ke–24, Khojah Maimun akhirnya pulang ke negerinya. Bertemankan nasihat Bayan
Budiman,Bibi Zainab bersabar menunggu kepulangan suaminya (Khojah Maimun) . Maka ketika Khojah
Maimun pulang dari pelayaran. Zainab tidak pernah berzina dan suaminya berasa terharu dengan kesetiaan
isterinya itu.  Sebagai bentuk pengucapan terima kasih kepada Bayan Budiman, Zainab memohon kepada
suaminya untuk melepaskan Bayan Budiman supaya dapat kembali kepada keluarganya di hutan . Namun
demikian , Bayan Budiman tetap mengunjungi kedua suami isteri itu setiap enam hari sekali .



Menurut pandangan falsafah .
          Falsafah dapat ditafsirkan sebagai pendapat , penyelidikan , pegangan , ilmu
pengetahuan dan proses mengukur atau menguji sesuatu kejadian . Falsafah sering
dikaitkan dengan tokoh – tokoh ternama seperti Aristotle , Plato , Thales , Ibnu Sina dan
sebagainya . Falsafah juga berkait rapat dengan pemikiran serta tindakan yang benar iaitu
keputusan yang dibuat berdasarkan logik akal . Ilmu falsafah cuba menyelami atau
merungkaikan sesuatu secara lebih mendalam dan terperinci daripada sifat
zahir/fizikal/luaran yang ditafsirkan melalui pancaindera .
         Merujuk teks Hikayat Bayan Budiman , terdapat falsafah disebalik kisah tersebut .
Falsafah yang dimaksudkan ialah tema , pegangan atau pun moral cerita yang ingin
disampaikan melalui kisah tersebut. Melihatkan teks Hikayat Bayan Budiman , antara
nilai dan konsep yang dapat dirungkaikan ialah konsep ketaatan dan kasih sayang .
Konsep ini dapat dipecah-pecahkan kepada beberapa bahagian iaitu ketaatan dan kasih
sayang antara suami (Khojah Maimun) dan isteri (Bibi Zainab) , haiwan peliharaan
( Bayan Budiman dan Tiung Rencana ) dengan tuannya dan kasih sayang antara Bibi
Zainab dengan anak raja.
           Oleh yang demikian, pengarangnya menggabungkan fungsi penggunaan akal, pancaindera
dan hati/ kalbu secara saling bergantungan . Nilai ini jelas memaparkan kasih sayang dan
ketaatan Bibi Zainab kepada suaminya (Khojah Maimun). Nilai ini dapat dilihat ketika Khojah
Maimun membuat keputusan ingin belayar . Kasih sayang yang ditunjukkan Bibi Zainab
mengumpamakan kerana kami perempuan ini seperti umpama kaus ; jika tiada kaus ,
nescaya kaki pun binasa. “ , dimana Bibi Zainab mengibaratkan kaum perempuan sebagai
pelengkap dalam sesebuah keluarga . Nilai kasih sayang yang terdapat dalam petikan itu
menggambarkan keutuhan ikatan kasih sayang yang erat sehingga tidak mahu terpisah antara
suami isteri . Konsep ini lebih menggunakan kredibiliti hati/kalbu, dimana keputusan yang
dibuat Bibi Zainab lebih mentafsirkan jawapan mengikut emosi dan perasaan. Pada mulanya ,
Bibi Zainab berasa berat hati ingin membenarkan suaminya pergi belayar. Hal ini kerana dia
memikirkan tentang risiko yang tinggi ketika di laut. Namun demikian dengan rasa hormat ,
taat dan kasih kepada suaminya, Bibi Zainab membenarkannya pergi belayar ke laut .
            Selain itu, konsep kasih sayang dan ketaatan ini dapat juga ditafsirkan antara
haiwan peliharaan dan tuannya. Tiung Rencana serta Bayan Budiman taat dan patuh
kepada amanat yang diberi tuannya supaya menjaga Bibi Zainab. Bibi Zainab juga
diminta bekerjasama dengan unggas – unggas itu dalam menentukan sebarang pekerjaan .
Melalui sudut pandangan epistimologi iaitu kajian tentang ilmu pengetahuan , kasih
sayang dan ketaatan Bayan Budiman serta Tiung Rencana dengan amanat tuannya dapat
dilihat melalui nasihat – nasihat dan kerjasama yang diberikan oleh mereka.
            Bayan Budiman menggunakan pendekatan nasihat yang berbentuk tersirat , iaitu secara
halus dengan menceritakan kisah hikayat kepada Bibi Zainab sebelum dia berhasrat keluar
menemui anak raja itu. Manakala , Tiung Rencana menasihati Bibi Zainab secara tersurat
iaitu dengan menilai dan mengkritik perbuatan Bibi Zainab lalu membandingkan dengan nilai
disisi agama . Menggunakan logika iaitu pertimbangan akal fikiran, Bayan
Budiman memilih untuk menceritakan beberapa hikayat kepada isteri tuannya apabila
diajukan pendapa . Nilai kasih sayang dan ketaatan ini amat kuat sehingga kisah hikayat yang
disampaikannya mampu membuatkan Bibi Zainab berfikir serta membantutkanniatnya untuk
bertemu anak raja itu. Merujuk kepada nilai dalam hikayat ini dapat mencerminkan bahawa
dengan menggunakan kewibawaan akal fikiran , maka segala masalah dapat diselesaikan. Hal
ini disokong oleh tokoh Rene Descartes yang merupakan pengikut aliran rasionalisme , dimana
beliau menegaskan bahawa segala ilmu pengetahuan itu selalunya diperolehi dari fakulti akal .
              Konsep kasih sayang dan ketaatan dalam kisah hikayat Bayan Budiman ini dapat
ditunjukkan juga melalui hubungan antara anak raja dan Bibi Zainab . Perasaan ini berputik
ketika anak raja melalui rumah Bibi Zainab yang berada dijendela ketika itu. Setelah terpandang
kejelitaan wajah Bibi Zainab, anak raja mula tertarik hati kepadanya. Oleh kerana anak raja itu
tertarik dengan rupa paras Bibi Zainab, maka baginda menyuruh seorang tua untuk menyampaikan
pesan akan kehendaknya kepada Bibi Zainab. Konsep kasih sayang antara Bibi Zainab dengan anak
raja ini lebih menggunakan kewibawaan penggunaan pancaindera dalam kehidupan. Sesetengah
pendapat mengatakan sumber ilmu dengan pancaindera hanya sementara dan tidak kekal
dengan pengukuran kebenarannya. Hal ini dapat dibuktikan apabila, Bibi Zainab tidak
lagi mahu ingin bertemu anak raja setelah mendengar kisah – kisah hikayat yang
diceritakan oleh Bayan Budiman, dimana pada mulanya masing – masing tertarik akan
kecantikan rupa paras mereka. Merujuk dunia sebenar, terdapat aliran falsafah yang
turut menggunakan pertimbangan pancaindera semata – mata iaitu aliran Empirisisme,
di mana pengikut aliran ini lebih mempertimbangkan perkara yang dilihat dan dialami .
             Selain nilai kasih sayang dan ketaatan yang terdapat dalam Hikayat Bayan
Budiman ini, terdapat juga nilai kebijaksanaan yang dapat diketengahkan. Nilai
kebijaksanaan ini telah ditunjukkan oleh watak utama iaitu Bayan Budiman . Misalnya ,
melalui pendekatan nasihat yang diberikan Bayan kepada Bibi Zainab. Bayan memilih
untuk menasihati Bibi Zainab secara penceritaan hikayat – hikayat apabila melihat Tiung
Rencana yang dibunuh akibat menasihati Bibi Zainab secara telus iaitu dengan cara
membandingkan perlakuannya dengan pandangan dari sudut keagamaan. Beberapa
hikayat telah diceritakan setiap malam bagi mengelakkan Bibi Zainab bertemu anak raja .
Hikayat yang diceritakan Bayan mendukung pengajaran tersendiri yang mampu memberi
kesedaran kepada Bibi Zainab, meskipun Bayan Budiman cuba memancing Bibi Zainab
supaya berjumpa anak raja itu. Kisah pertama yang diceritakan ialah mengenai burung
yang dicabut bulunya oleh isteri saudagar yang berzina semasa peninggalan suaminya.
Kisah pertama ini pemberi nasihat awal kepada Zainab untuk menghalangnya berzina.
Kebijaksanaan akal Bayan akhirnya mampu melindungi tuannya daripada melakukan
kesilapan dan dia akhirnya mendapat ganjaran iaitu dibebaskan dan pulang kepada
keluarganya. Dengan kebijaksanaan penggunaan akal fikiran manusia juga dapat
menyelesaikan apa juga masalah , tambahan lagi dengan pelbagai kemudahan yang
didapati kini .


Rumusan
Secara tuntasnya, nilai dan konsep dalam kisah Hikayat Bayan Budiman ini dapat
memberikan pengajaran dan pedoman kepada masyarakat. Walaupun nilainya
disampaikan secara tersirat, namun ia mampu membuatkan manusia berfikir akan makna
yang ingin disampaikan. Nilai kasih sayang dan ketaatan begitu penting dalam sesebuah
institusi masyarakat kerana perpaduan dan keamanan negara bermula daripada kasih
sayang serta ketaatan yang utuh dari ikatan kekeluargaan. Manakala, konsep
kebijaksanaan pula mendidik manusia berfikir tentang makna, fungsi dan tujuan sesuatu
kejadian itu berlaku atau dicipta. Kemahiran penggunaan akal mampu mengelakkan
manusia dari melakukan kesilapan serta membolehkan manusia memikirkan idea – idea
baru berikutan perkembangan kemudahan sains dan teknologi masa kini. Oleh itu , karya
– karya klasik ini hendaklah diberi lebih perhatian kerana setiap karya klasik itu terdapat
intipati yang ingin disampaikan .




Sunday 18 September 2011

KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL 922/1 - Bahagian B : Sulalatus Salatin Sejarah Melayu


1. Mengkritik/kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja.
Contoh cerita: Singapura Dilanggar Todak.
Dari cerita ini kekejaman raja yang dipaparkan ialah;
- Raja menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilikTuan Jana Khatib ->• tilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan.
- Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala -> iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak.
- kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti;
membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang.

2. Kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah.
- Cerita Singapura di langgar todak.
- Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh.
- Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan.
- Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing-masing untuk menahan serangan todak".
- Akibatnya ramai rakyat/hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak.

3. Kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja/pemerintah.
Cerita Singapura dilanggar todak.
- Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana dia sangat cerdik dan pintar.
. - Pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh).
- Jelas menunjukkan golongan raja mengguna-kan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga kepentingan golongan mereka sahaja.
- rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh samasekali menentang rajawalaupunternyata rakyat berada di pihak yang benar.

4. Kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa/berbeza dengan orang lain.
- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang ->• kritikan terhadap sikap Sultan Mahmud Syah yang ingin seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa.
- Gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah ->• bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang muda dan lain-lain. Barang-barang ini sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan barang-barang tersebut.
5. Kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata.
- Contoh: cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.
- Gambaran kekejaman -> Sultan Mahmud Syah sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang.
- Menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya.
- Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda.
- Cerita Singapura dilanggar todak ->• raja tidak menilai/menghargai nyawa rakyatjelata hingga sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing (sanggup memperalatkan nyawa rakyatjelata demi kepentingan diri).
6. Kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya.
- Cerita peminangan Puteri Gunung Ledang.
- Gambaran Sultan Mahmud tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah satu syarat peminangan).
- Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya (tetapi sanggup menyiksa rakyat) demi memuaskan nafsu serakahnya.


 Senaraikan Peristiwa Yang Berlaku Mengikut Raja Yang Memerintah .

  Tahap Sebelum Melaka
1.Raja Iskandar Syah
2.Raja Suran
3.Sei Teri Buana
4.Merah Silu
5.Paduka Seri Maharaja
Tahap Pembukaan Melaka ( Awal Melaka)
1.Raja Iskandar Syah
2.Raja Kecil Besar
Tahap Kegemilangan Melaka
1.Sultan Muzaffar Syah
2.Sultan Mansur Syah
3.Sultan Alaudin Riayat Syah
 Tahap Kejatuhan Melaka
1.Sultan Mahmud Syah

  
 Kesusasteraan dapat dikatakan sebagai ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik lagi berfaedah. Kesusasteraan bukan sahaja mempunyai hubungan yang amat erat dengan masyarakat penulisnya, tetapi kesusasteraan juga terlibat dengan pergolakan yang belaku dalam masyarakat.
 Sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia boleh dilihat dalam pelbagai sudut . Pengenalan kesusasteraan itu sendiri membawa makna yang jelas tentang korpus kesusasteraan . Kesusasteraan menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Keindahan ciptaan sastera diperlihatkan melalui bahasanya Melalui bahasa pembaca dapat merasakan keindahan yang ada pada kesusasteraan.
 Segala isi dan tujuan yang mahu disampaikan membolehkan pembaca menghayati pengalaman dan perasaan yang terpapar dalam kesusasteraan . Sejarah Perkembangan genre Kesusasteraan Melayu Tradisional melibatkan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kesusasteraan Melayu Moden. Masyarakat akan lebih terdedah dan tertarik dengan perkembangan Kesusasteraan Melayu jika sejarahnya dapat dianalisis serta digarap secara bersepadu
Kesusasteraan ialah cerminan masyarakat dan mempunyai hubungan dengan manusia. Perkataan Sastera berasal daripadaBahasa Sanskrit iaitu ‘ castra’ disebut ‘syastera’ yang bermakna kitab suci. Susastera bermakna seni sastera atau seni bahasa . Istilah kesusasteraan juga dipanggil persuratan. ”susastera” menyimpul maksud yang terdekat iaitu kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah .
Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang kebudayaan itu.










Setiap kesusasteraan di dunia dianggap sebagai salah satu cabang penting kebudayaan, bahkan ada ahli falsafah yang menganggap sebagai cabang yang terpenting daripada semua cabang kebudayaan itu. Hal Ini boleh dilihat pada pengiktirafan dunia terhadap keagungan kesusasteraan sesuatu bangsa sebagai pengakuan keagungan kebudaayan bangsa itu.
Secara peribadi , bagi saya seorang pembaca teks sastera tradisional dan peminat karya-karya melayu lama merasakan ia sangat relevan dalam memartabatkan bangsa Melayu kita. Banyak panduan dan kisah-kisah dlm pentadbiran raja Melayu dahulu yang wajar dijadikan pedoman masa ini.
Bukan saja kepada golongan raja-raja , malah rakat jelata sekalipun.
Malahan kita sedar bahawa hasil-hasil karya Melayu lama daripada korpus kesusasteraan Melayu trasisional ini menjadi sebuah jendela untuk masyarakat kini melihat , dan berinteraksi dengan masyarakat lampau . Bertitik tolak dari sini kita menyaksikan susur galur kehidupan masyarakat zaman dahulu, peristiwa-peristiwa yang berlaku dan jatuh bangunnya sesebuah kerajaan Melayu itu. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu menjadi wadah nukilan minda komuniti dahulukala dan menjadi jambatan yang menghubungkan dunia hari ini.
Terdapat banyak kajian untuk memajukan kesusasteraan Melayu agar kesusasteraan Melayu itu mendapat pengiktirafan dunia sebagai salah satu kesusasteraan yang agung di dunia. Yang dimaksudkan di sini dengan kesusasteraan Melayu di atas adalah segala karya tulisan dan lisan orang Melayu dalam Bahasa Melayu yang mengandungi nilai yang agung dan abadi dalam pengertian yang luas. Terdapat pelbagai pengajaran yang dapat diambil kira dalam konteks masyarakat semasa. Dalam hal ini, pastinya sesebuah teks ditulis buat pembacaan khalayak sasaran tertentu. Senada itu, dapatlah kita anggarkan bahawa teks Sejarah Melayu sebenarnya ditulis buat generasi-generasi seterusnya bermula dari zaman teks ditulis .

Sebagaimana yang kita tahu , Sulatus salatin ini ialah karya Agung yang menjadi panduan kepada salasilah raja-raja sebenarnya . Dari sini lah bermulanya perjanjian atau waad antara raja dan rakyat yang mencetuskan sistem daulat dan derhaka.Masyarakat Melayu amat wajar membaca dan memahami kandungan teks ini yang kaya dgn pelbagai panduan, nasihat malah sindiran yg boleh mematangkan kita.
Karya-karya sebeginilah yang akan mendekatkan kita kepada khazanah bangsa kita bukannya terhindar drpd sejarah bangsa.Persoalan yang masih lagi berlegar-legar ialah apakah Sejarah Melayu ini sekadar bahan orientasi peperiksaan sahaja ? atau lebih kepada mendekatkan Melayu dengan akar umbinya .
Sulalatus Salatin tidak pernah terhasil atas dasar peperiksaan, latihan dalam kelas dan sebagainya. Hakikatnya, terhasilnya teks tersebut adalah sebagai sebuah teks dokumentasi yang secara tidak langsung merakamkan segala peristiwa suka, duka dan luka yang pernah mengambil tempat dalam dunia peradaban Melayu. Sealiran itu, gagasan seseparuh pihak yang merasakan seolah-olah Sulalatus Salatin tidak lagi relevan adalah kurang tepat. Mentelah lagi, Sulalatus Salatin tidak secara eksplisitnya membicarakan peradaban dalam Istana semata.
Dari sudut sosiologi pula, yakni dengan penggunaan teori memori sosial, kita harus sentiasa menyedari bahawa apa yang pernah berlaku dalam masyarakat lampau secara langsung membentuk fenomena masyarakat kontemporari. Dalam erti kata yang lain, masyarakat lampau membentuk dan mendasari fabrik sosial masyarakat semasa. Kita turut harus ingat bahawa terdapat banyak perkara yang tidak dapat dirungkaikan dengan jelas daripada gambaran kabur dalam minda manusia, daripada itu, SM memberikan wadah yang baik untuk kita mengenal diri kita dengan lebih baik - asal sahaja pembaca berusaha untuk mendekati teks tersebut dengan niat yang betul.

Kerelevanan teks tersebut sebenarnya juga bergantung pada tenaga pengajar yang mengajarnya (adakah mereka mampu untuk membuat pelajar sedar akan kerelevanannya) serta pelajar sendiri (adakah mereka ingin mengenal diri mereka sendiri). Sebenarnya, terdapat banyak masalah sosial hari ini yang kalau kita kaji selidik sudahpun ada sejak dahulu lagi. Misalnya, dalam Sejarah Melayusendiri, pergaduhan dalaman antara masyarakat Melayu sendiri jauh lebih banyak daripada masyarakat luar.

Pendek kata, ia bukan sekadar sebagai bahan peperiksaan malahan sebagai teks mengenal kelebihan dan kekurangan budaya dan tamadun kita. Sejarah Melayu ini sebenarnya sumber ilmu tentang diri dan masyarakat kita sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi yang akan memartabatkan bangsa sendiri . Suka atau tidak ini bangsa kita , ini darah kita , ini dunia kita . Dunia bangsa Melayu yang perlu dibela dan dijaga . Dunia warisan Melayu yang perlu digilap dan dikongsi dengan anak-anak baru yang kian luntur cinta kasihnya pada tamadun lama dan sejarah kesusasteraan yang kian luput dari mekar . 
Jangan biarkan sinar kesusasteraan itu sirna .
Dicatat oleh Azlin197 di 7/23/2010 0 ulasan http://img1.blogblog.com/img/icon18_email.gif

1.            Raja Suran hendak menakluk China – ms 13-14
2.           Raja Suran turun ke dalam laut – ms 14 – 15
3.           Kisah kedatangan anak2 Raja Suran ke bumi – ms 19- 22
4.           Waad dimeterai – ms 23- 26
5.           Kemunculan Puteri Tanjung Buih – ms 27
6.           Asal usul Batala – ms 22
7.           Ular Sakti Mona dibunuh – ms 28
8.          S.T.B menawarkan air masin – ms 31
9.           S.T. B meredakan ribut di Teluk Belanga – 39 -40
10.       Temasik dijumpai – Singapura dibuka. Ms 40
11.         Badang menjadi gagah – 47-54
12.        Pembukaan Semundra – ms 55
13.        Merah Silu memeluk Islam – ms 57
14.        Pembukaan Pasai – ms 59
15.        Pembunuhan Tuan Jana Khatib- ms 67- 69
16.        Singapura dilanggar todak – ms 68-69
17.        Pembunuhan Puteri Sang Rajuna Tapa – ms 69
18.       Sang Rajuna Tapa belot – 69-70
19.        Pembukaan Melaka – ms 70 – 71
20.      Islam di Melaka – ms 72-74
21.        Raja Kassim merampas kuasa – ms 85 -86
22.       Asal Hang Tuah – ms 103
23.       Hang Tuah dihukum – ms 130-131
24.       Maharaja China kedal – ms 135 -137
25.       Hang Jebat menderhaka – ms 138-140
26.       Pertarungan Tuah-Jebat – 141-142
27.       Tun Besar dibunuh – ms 152-153
28.      Sultan Mahmud dan Tun Biajid - ms 193
29.       Tun Ali Sandang dibunuh –ms 194
30.      Meminang PGL – ms 212 – 215
31.        Tun Teja diculik – ms 228-230
32.       Ai Kening dilarikan – ms 231 – 233
33.       Raja Zainal dibunuh – ms 235-236
34.       Bendahara Tun Mutahir dibunuh – ms 255 – 257
35.       Kisah Tun Fatimah selepas kahwin – ms 264 – 266
36.       Sultan Mahmud melarikan diri, sultan Ahmad mati – ms 270 – 271
37.       Sultan Mahmud mangkat – ms 287

Jurai Pemerintahan Melaka

1. Pemerintahan Raja Iskandar Syah - ms 71 ( 3 tahun atas takhta )
Anak : Raja Muda .
Raja Muda dpt anak : Raden Bagus, Raja Tengah, Raden Anum .
Raja Tengah naik takhta : anaknya – Raja Kecil Besar .

2. Pemerintahan Raja Kecil Besar –Sultan Muhammad Syah ms 72 – 83
(67 tahun atas takhta )
Anak : Raja Kecil Lambang , Raja Mahkota
Kahwin lagi (Tun Ratna Wati) dpt anak – Raja Kassim
Kahwin anak Raja Rekan – dpat anak Raja Ibrahim (Sultan Abu Syahid)

3. Raja Ibrahim (naik takhta ) Sultan Abu Syahid – ms 83-86 .
Atas takhta 1 tahun 3 bulan .

4. Raja Kassim ( Sultan Muzaffar Syah ) ms 85 – 96
. ( 42 thn memerintah)
Anak : ( Raja Abdullah - Sultan Mansur Syah ) naik takhta umur 27 .

5. Sultan Mansur Syah . (Raja Abdullah ) Ms 96 – 172
Kahwin dgn Tun Putih –iaitu anak Seri Nara Diraja - dpt anak iaitu Raja Mahadewi dan Raja Cendera ( Peremupuan)
Dapat anak dgn gundik – Puteri Bakal
Kahwin dgn Puteri Onang Sari (anak Maharaja Dewa Sura- Indera Pura )
Dpt anak : Raja Ahmad (nama timangan Raja Hussain) , dan Raja Muhammad .
Kahwin dgn Raden Galuh Cendera Kirana – dapat anak iait Raden Dikelang
Kahwin dgn saudara Bendahara Paduka Raja dpt anak – Raja Hussain
Kahwin dgn Puteri Hang Liu – Paduka Hamimat ( anak)

6. Raja Ahmad /Raja Hussain / Sultan Alau’d-Din Riayat Syah – ms 172 – 186
Kahwin sama anak raja - Dapat anak Raja Menawar dan Raja Zainal .
Kahwin dgn Tun Naja – dpt anak Raja Hitam, Raja Muhammad, Raja Fatimah
Kahwin – dpt anak Raja Mamad / Sultan Mahmud .

7. Sultan Mahmud Syah – ms 187 - 288 Bendahara Paduka Raja mati ( ms 191)
S.Mahmud kahwin dgn anak Sultan Muhammad Syah ( Pahang) dpt anak – Raja Ahmad dan 2 perempuan.
Meminang PGL
Hang Tuah meninggal – 220
Kahwin Tun Teja – Puteri Adma Dewi
Tun Fatimah – dpt anak Raja Putih , Raja Khadijah , Raja Ali ( Timangan Raja Kecil Besar ) – Gelaran Sultan Muda .