Sunday 18 September 2011

KESUSASTERAAN MELAYU MODEN 922/2 - Bahagian C: Drama

Drama
Stail Pementasan

Bil
Drama
Stail Pementasan

1
LAWYER DAHLAN
Bersifat realisme
-    Kisah realiti kehidupan zaman sekarang – perubahan hidup manusia bila hidup senang.
-    Dahlan dan Rahimah – hidup senang – kaya raya – jawatan tinggi
-    Tapi terpengaruh gaya hidup barat – berfoya, minum arak, balik jauh malam dan sebagainya
-    Jadi sombong – hina keluarga sendiri (ibu Rahimah) dan hina orang miskin

Ciri-ciri membuktikan bersifat realisme:
1. Dari segi watak
- menampilkan watak yang benar-benar wujud dalam masyarakat.
- terdiri daripada masyarakat kampung dan bandar
2. Dari segi latar
- ketengahkan latar yang benar benar wujud.
- tiada alam khayalan dan sebagainya
3. Dari segi cerita atau isi
- berpijak di bumi nyata
- persoalan yang sesuai dengan situasi dulu sampai sekarang

2
MALAM
INI PENYU MENANGIS
Bukan bersifat realisme
-    Kisah biografi penyair negara - dipentaskan berbaur unsur-unsur simbolik. menjadikan lebih mencabar dan canggih berbanding aliran realisme.  
-    Namun, biografi J.M Aziz - unsur realisme - beliau merupakan anak seni yang tersohor - boleh dijadikan rujukan/kajian. Cuma penyampaian drama mengenainya sahaja yang bukan realisme.

Ciri-ciri membuktikan bukan bersifat realisme:
1. Dari segi watak
- Penggunaan unsur simbolik iaitu satu lembaga hitam yang besar kakinya bagi melambangkan tentang J.m. Aziz yang mula diserang penyakit kusta.
2. Dari segi latar
- Selitan unsur-unsur tarian dan nyanyian yang secara tidak langsung membawa mesej tertentu; iaitu dikaitkan dengan peristiwa yang telah ataupun akan berlaku seterusnya.
3.  Dari segi cerita dan isi
- ada selitan kisah-kisah lain sebagai kiasan kisah induk
- ada unsur imbas kembali sejarah hidup watak utama



Drama
Mesej

Bil
Drama
Mesej
1
LAWYER
DAHLAN
1.   Mesti utamakan budaya sendiri
- budaya sendiri harus dipertahan – warisan bangsa
- Melalui LD digambar sikap Dahlan yang terpengaruh budaya barat rosakkan rumah tangga - tidak boleh dicontohi

2.  Tidak boleh derhaka kepada orang tua
- orang tua banyak berjasa
- Melalui LD digambar sikap Rahimah yang usir ibunya yang bertandang ke rumah adalah derhaka dan tidak boleh dicontohi

3.   Jangan bermegah dengan kekayaan
- harta kekayaan tidak kekal
- Melalui LD digambar sikap Dahlan dan Rahimah megah dengan kekayaan, sombong dan angkuh - patut dijauhi sikap megah kerana ia dorong seseorang pandang rendah orang  miskin

4.   Jangan bertindak terburu-buru
- rugikan diri sendiri
- dalam LD digambar Dahlan terburu-buru - cuba bunuh diri tanpa berfikir secara rasional
- tindakan negatif ini harus dijauhi kerana di larang oleh agama

5.  Tidak boleh abai tanggungjawab
- tanggungjawab adalah sikap terpuji
- dalam LD digambar Dahlan abai tanggung jawab terhadap isterinya
- Dahlan  berfoya-foya di luar - akibatnya rumah tangga kucar-kacir dan bawa perpisahan

2
MALAM
INI PENYU MENANGIS
1.   Pentingnya menghargai jasa anak seni.
- harus diberi penghargaan - berkaitan pembangunan negara. Pementasan MIPM -  penghargaan - jasa-jasa J.M. Aziz - bidang seni.

2.   Pentingnya kasih sayang dan simpati.
- begitu penting dalam kehidupan manusia sejagat.
- Melalui MIPM diperlihatkan J.M. Aziz sayangi rakan-rakannya (Ibrahim dan Jaafar) -meninggal dunia - menghalang bot pendatang haram mendarat di Seberang Takir.

3.  Pentingnya kegigihan.
- sikap yang terpuji -  penting dalam meningkatkan imej individu.
- Melalui MIPM digambarkan J.M Aziz gigih hasilkan karya-karya sastera terutama selepas menghidap penyakit kusta.

4.  Pentingnya semangat cintakan tanah air.
Hidup dalam sebuah negara - menuntut kita tuntut semangat cinta negara agar tidak dijajah.
- Dalam MIPM digambarkan J.M Aziz -punyai semangat juang
tinggi ketika berkhidmat sebagai polis hutan - begitu semangat
menentang komunis yang mengancam tanah air.

Drama
Teknik Penceritaan

Bil
Drama
Teknik Penceritaan
1
LAWYER
DAHLAN
1.  Imbas kembali
- ialah di mana sesuatu watak mengimbas peristiwa-peristiwa yang berlaku di masa lampau.
- Dalam LD terdapat dua situasi teknik imbas kembali     
   a) Dahlan ceritakan semula keadaan di England kepada  
        Hamdan. Pemandangan di England sungguh indah dan  
        ada daya penarik
 b) Ingatan kembali sikap Dahlan yang menghina, mengeji
      dan mengusir orang miskin
2.  Imbas muka
- ialah di mana sesuatu watak membayangkan peristiwa yang bakal berlaku akan datang.
- Dalam LD terdapat dua situasi teknik imbas muka.     
 a)  mak Rahimah membayangkan Rahimah akan mendapat
       balasan kerana tindakan Rahimah mengusirnya dari
       rumah
  b) Pak Hamid bayangkan Dahlan akan berjumpa pelbagai ragam manusia ketika di England dan akan bercanggah dengan nilai ketimuran
3.  Monolog
-  percakapan yang dapat didengar orang lain
-  dalam LD terdapat beberapa situasi teknik monolog yang paparkan suara ghaib - persoal tindakan Dahlan seperti yang dituturkan oleh kaum tani, peminta sedekah dan juga Lebai Alang

2
MALAM
INI PENYU MENANGIS
1. Teknik imbas kembali.
- ialah di mana sesuatu watak mengimbas peristiwa-peristiwa yang berlaku di masa lampau.
- Dalam MIPM terdapat dua situasi teknik imbas kembali     
   a) kisah Hugh Clifford – kagum kesetiaan dan kesungguhan Minah jaga Mamat - sakit teruk.
   b) kisah Nabi Ayub tabah hadapi ujian  biar diuji  iblis
2.  Teknik imbas muka.
- ialah di mana sesuatu watak membayangkan peristiwa yang bakal berlaku akan datang.
- Dalam MIPM terdapat dua situasi teknik imbas muka.     
   a) iblis membayangkan dia akan dapat menguji Nabi Ayub.  
      - percaya iman Nabi Ayub akan luntur bila tidak tahan 
        dengan ujian.  
  b)  Hugh Clifford membayangkan dia akan kembali lagi ke tempat itu untuk menemui Minah dan Mamat.


Drama
Gaya Bahasa

Bil
Drama
Gaya Bahasa
1
LAWYER
DAHLAN
1.  Simile
- bermaksud satu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu sama ada manusia, benda dan sebagainya.
Contoh – pada muka surat 189 baris 11
Contoh – pada muka surat 196 baris 14
2.  Pengulangan.
- bermaksud pengulangan perkataan atau ayat.
Contoh - pada muka surat 193 baris 11
Contoh – pada muka surat 209 baris 23
3.  Perlambangan
-  satu rangkai kata atau ayat yang melambangkan maksud lain
Contoh – pada muka surat 212 baris 23
4.  Dialek
- percakapan loghat sesuatu bangsa dalam drama
Contoh – pada muka surat 214 baris 19
5.  Bahasa asing
- selitan perkataan atau ayat dari negara asing
Contoh – bahasa Arab, bahasa Inggeris
6.  Paradoks
- bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum
Contoh – pada muka surat 223 baris 26

2
MALAM
INI PENYU MENANGIS
1. Simile
- bermaksud satu perumpamaan yang secara jelas mengungkapkan perbandingan atau persamaan antara sesuatu sama ada manusia, benda dan sebagainya.
Contoh - pada muka surat 238 baris 4
2. Pengulangan.
- bermaksud pengulangan perkataan atau ayat.
Contoh – pada muka surat 246
3.  Bahasa daerah.
-  ialah dialek asal sesebuah tempat yang digunakan sebagai percakapan harian.
Contoh – dielek Kedah pada muka surat 258 baris 3
4.  Pantun dan puisi.
- merupakan antara budaya  tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Dalam drama ini terdapat penggunaan gaya bahasa pantun dan puisi ini secara meluas. Pengarang memasukkan puisi-puisi terutamanya sajak-sajak karya J.M Aziz. Keseluruhan sajak tersebut berbentuk puitis dan menarik.
Contoh - pada muka surat 232



No comments:

Post a Comment